Wednesday, December 22, 2010

Shopping Time ( Perabot Bilik Pengantin)

Lagi 2 bulan nak kawin ni. Bedebar pun ada. Senak perut pun ada. Dalam minggu ni asyik naik turun masuk keluar kedai perabot. Cari set bilik tidur yang paling murah dan paling cantik. Ada idea x? Hehehe.


Aku mulakan pengembaraan mencari yang berkenan di jiwa. Dari yang murah sampai lah yang mahal. Anak buah aku jadi bodyguard tetap aku. Sian dowang. Longgar lutut dowang jalan ngan aku yang mmg kaki jalan.




Berikut pulak ialah harga yang dah aku survey :-

Cavenzi                         RM 1500.00 above ( dengan tilam )
Plaza Perabot Balakong          RM 3000.00 ++ ( w/o tilam )
Pusat Perabot Al - Qamar        RM 1000.00++ ( dengan tilam )
Westcourt                       RM 1500.00 ( w/o tilam )
BJ Perabot, Taman Taming        RM 1200.00   ( w/o tilam )
Court Memmot                    RM 1500.00 (w/o tilam )
President Plaza                 RM 1000.00 ( katil je )
Perabot Jati kat Balakong       RM 4000.00 ( w/o tilam )
SSF Home Deco Mart              RM 8000.00++ ( w/o tilam )




Dan akhirnya aku ambil keputusan untuk KIV dulu. Nak berjalan lagi ke tempat yang lain. Nak wat perbandingan harga. Mak siap marah kat aku. Bukan tak ada duit nak beli. Tapi sebab terlalu memilih. Bagi aku pilih selagi boleh pilih sebab pilihan yang tepat tu kan satu kepuasan :-)


Tuesday, December 21, 2010

Darah Dah Manis Daaahhh

Alhamdulillah... 2 Oktober 2010 termetrai lah ikatan pertunangan diantara aku dan bakal suami. Seronok bukan kepalang. Walaupun ada yang menyabarkan jiwa dan menguji keimanan ketika membuat persediaan pertunangan, aku tetap bersyukur yang aku kini milik orang. Ku pandang wajah emak dan ayah. Jelas terpancar kelegaan dan kegembiraan. Walaupun majlisku tidak besar, tetapi ia tetap meriah dengan kehadiran bakal bapa mertua dan ibu mertuaku. Malu bukan kepalang bila cincin yang disarung tidak muat. Hahahaha. Nampak sangat berat badanku dah naik. 

Selesai majlis pertunangan, ayah memanggilku dan memberikan nasihat untuk menempuh alam ' darah manis' ini. Aku catat satu persatu dalam memori dan aku peteri di blog ini. 

Kata ayah..

  1. Adik dah menjadi tunang orang. Bertunang bukan tiket untuk menghalalkan cara. Elakkan dari selalu berjumpa. Boleh mengelakkan dari bisikan syaitan
  2. Hadkan berhubung melalui telefon. Bincang perkara yang penting sahaja. Bimbang lidah tergelincir menuturkan sesuatu yang bukan hak
  3. Hormati hubungan pertunangan ini. Jangan cemari dengan tipu daya, pengkhianatan dan fitnah orang
  4. Pertunangan bukan lesen untuk bersentuhan dan berpegangan tangan.
  5. Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram.Seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah 
  6. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. 
  7. Janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi bakal suami janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. 
  8. Hormati mak dan ayah. Sebarang keputusan jangan belakangkan mak dan ayah. Restu mak dan ayah dapat menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
  9. Didalam pertunangan banyak cubaan, matangkan diri dalam menyelasaikan masalah yang timbul. 
  10. Banyakkan solat hajat, membaca Al- Quran dan jangan sekali - kali jauh dari Allah.
Mak.. ayah... adik akan ingat pesanan itu. Insya Allah, berkat restu mak dan ayah adik bakal menempuhi alam pertunangan ini dengan baik dan adik tidak akan sekali - kali mengotorkan ikatan suci ini dengan nafsu dan amarah. Amin...

Perkenalan

Assalamualaikum

Adat manusia di dunia ni akan berkenalan sebelum melansungkan perkahwinan. Usai usia perkenalanku dengan bakal suami 6 tahun, aku dilamar. Mungkin bagi wanita lain akan mendapat kejutan istimewa. Tapi aku tidak. Aku membuka jalan untuk dilamar. Rasanya tidak salah dari kami terus khayal dalam dunia percintaan yang tiada kesudahan. Tiada yang istimewa. Tiada tempat khusus. Aku dilamar didalam kereta kancil. 

Rintangan demi rintangan aku terpaksa tempuh. Maklumlah.. aku orang yang kurang paras rupa. Mungkin itu menyukarkan aku diterima keluarga bakal suamiku. Family kami dimalukan 3 kali. Marah ayah dan sedih emak membuatkan aku nekad memutuskan hubungan. Saudara mara turut membantah. Namun, jodoh pertemuan ditangan Allah.Jodoh kami kuat. Aku sendiri tak tahu apa kuasa yang dapat melembutkan kembali hati ibu bapaku. 

Akhirnya majlis merisik dan bertunang telah selamat diadakan pada 2 Oktober 2010. Alhamdulillah... aku bersyukur padamu ya Allah... akan kunikmati nikmat sebuah ikatan pertunangan ini berlandaskan tuntutan agama Mu. Amin...