Alhamdulillah... 2 Oktober 2010 termetrai lah ikatan pertunangan diantara aku dan bakal suami. Seronok bukan kepalang. Walaupun ada yang menyabarkan jiwa dan menguji keimanan ketika membuat persediaan pertunangan, aku tetap bersyukur yang aku kini milik orang. Ku pandang wajah emak dan ayah. Jelas terpancar kelegaan dan kegembiraan. Walaupun majlisku tidak besar, tetapi ia tetap meriah dengan kehadiran bakal bapa mertua dan ibu mertuaku. Malu bukan kepalang bila cincin yang disarung tidak muat. Hahahaha. Nampak sangat berat badanku dah naik.
Selesai majlis pertunangan, ayah memanggilku dan memberikan nasihat untuk menempuh alam ' darah manis' ini. Aku catat satu persatu dalam memori dan aku peteri di blog ini.
Kata ayah..
- Adik dah menjadi tunang orang. Bertunang bukan tiket untuk menghalalkan cara. Elakkan dari selalu berjumpa. Boleh mengelakkan dari bisikan syaitan
- Hadkan berhubung melalui telefon. Bincang perkara yang penting sahaja. Bimbang lidah tergelincir menuturkan sesuatu yang bukan hak
- Hormati hubungan pertunangan ini. Jangan cemari dengan tipu daya, pengkhianatan dan fitnah orang
- Pertunangan bukan lesen untuk bersentuhan dan berpegangan tangan.
- Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram.Seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah
- Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
- Janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi bakal suami janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
- Hormati mak dan ayah. Sebarang keputusan jangan belakangkan mak dan ayah. Restu mak dan ayah dapat menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
- Didalam pertunangan banyak cubaan, matangkan diri dalam menyelasaikan masalah yang timbul.
- Banyakkan solat hajat, membaca Al- Quran dan jangan sekali - kali jauh dari Allah.
Mak.. ayah... adik akan ingat pesanan itu. Insya Allah, berkat restu mak dan ayah adik bakal menempuhi alam pertunangan ini dengan baik dan adik tidak akan sekali - kali mengotorkan ikatan suci ini dengan nafsu dan amarah. Amin...
No comments:
Post a Comment